Usai salam kedua, imam (iaitu Ustaz Fardli) memusingkan badannya ke kanan, mengambil mikrofon dan melaungkan takbir hari raya. Kini, sudah masuk hari kesepuluh dalam bulan Zulhijjah tahun ini. Selepas Ustaz Khairil selesai bertakbir, mikrofon beralih tangan ke arah saya. Namun, saat saya melaungkan takbir, terlintas di hati saya satu perkara.
Semenjak saya menjejakkan kaki ke kawasan IPK Sarawak ini, kerja yang saya lakukan hanya di surau. Menjadi muazzin, menjadi imam solat fardu, malah terkadang imam solat tarawih. Tahun ini pula, kadang-kadang mengajar kana-kanak mengaji Al-Quran.
Setiap kali saya melakukannya, saya tak pernah fikir atau menginginkan apa-apa. Malah, saya mendapat nikmat yang tak tergambar dek kata, tak terlukis dek imaginasi. Cuma, pernah sekali dalam tahun ini, saya menjadi imam solat tarawih (dalam suatu hari yang saya pun dah lupa tarikhnya), saya berasa sangat gementar dan nervous.
Namun, hari ini, tatkala saya bertakbir, saya terfikir seketika.
Mengapa saya lakukan semua ini?
Adakah kerana saya inginkan populariti? Atau hendak menunjuk-nunjuk?
Salahkah saya melakukan semua ini? Salahkah saya ingin mengisi masa terluang di surau?
Kemudian, baru saya tahu...
Saya melakukan semua itu tidak lain hanya disebabkan rasa tanggungjawab.
Bukan suka-suka saya hendak buat. Di atas rasa tanggungjawab saja. Orang tak bagi, saya tak buat...
(Itulah yang saya rasakan sekarang).
“Ok, jgn sedih.. Ktk jadi ka, x jadi ka.. Kmk tetap support.. insyaAllah.. :-)” [Sahabat]
Syukran...
Backup
1 minggu yang lalu




